Dan mereka (golongan munafik)
berkata: "(Kami) taat", kemudian apabila mereka keluar dari majlismu,
segolongan dari mereka memutuskan pada malam hari satu rancangan yang
lain daripada (pengakuan taat) yang mereka katakan (kepadamu). Sedang
Allah (perintahkan malaikat) menulis apa yang mereka rancangkan itu;
maka berpalinglah (wahai Muhammad) daripada mereka, (janganlah
dihiraukan apa yang mereka rancangkan), serta berserahlah kepada Allah;
kerana cukuplah Allah menjadi Pembela (yang memeliharamu dari angkara
mereka).
No comments:
Post a Comment