Dan mereka (golongan munafik)
berkata: "(Kami) taat", kemudian apabila mereka keluar dari majlismu,
segolongan dari mereka memutuskan pada malam hari satu rancangan yang
lain daripada (pengakuan taat) yang mereka katakan (kepadamu). Sedang
Allah (perintahkan malaikat) menulis apa yang mereka rancangkan itu;
maka berpalinglah (wahai Muhammad) daripada mereka, (janganlah
dihiraukan apa yang mereka rancangkan), serta berserahlah kepada Allah;
kerana cukuplah Allah menjadi Pembela (yang memeliharamu dari angkara
mereka).
" Katakanlah (wahai Muhammad): "Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap), dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertaqwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya), dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun".
Tuesday, 8 October 2013
Pengawal.
Sesiapa yang taat kepada
Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah; dan sesiapa
yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai
Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang
memelihara mereka dari melakukan kesalahan).
Dari Allah SWT.
Apa jua kebaikan (nikmat
kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua
bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri.
Dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat
manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah
menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini).
Harta benda.
" Katakanlah (wahai Muhammad):
"Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja,
(dan akhirnya akan lenyap), dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik
lagi bagi orang-orang yang bertaqwa (kerana ia lebih mewah dan kekal
selama-lamanya), dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun".4/77
Subscribe to:
Posts (Atom)